Y.Bhg. Datuk Elias Kadir Presiden Baru KTM Berhad

Previous Topic Next Topic
 
classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
mapetm mapetm
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Y.Bhg. Datuk Elias Kadir Presiden Baru KTM Berhad



Mulai 2 Mei 2012, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) bakal diterajui oleh Presiden baru iaitu Y.Bhg. Datuk Elias Kadir. Pelantikan Datuk Elias Kadir dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh  25 April 2012.

Sebelum bersama KTM Berhad, beliau telah menerajui operasi di beberapa konglomerat utama di Malaysia seperti UMW Toyota, Edaran Otomobil Nasional (EON), PROTON, Kontena Nasional, Northport dan FELDA. Ketika bersama FELDA, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Eksekutif dan bertanggungjawab ke atas prestasi kewangan dan operasi perniagaan bagi 10 syarikat iaitu Bulking, Logistik, Hartanah & Pembinaan, Kejuruteraan, Keselamatan, Perkhidmatan Komputer dan Hotel & Perlancongan.

Selain menerajui Syarikat, beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Bank Islam dan Agrobank. Beliau juga turut dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Sime Darby Utilities Sdn Bhd. Dengan pengalaman yang beliau miliki, beliau telah turut dilantik sebagai Ahli Majlis di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang & Pelabuhan Klang serta sebagai Timbalan Presiden untuk Container Haulier Association of Malaysia (CHAM).

Datuk Elias Kadir adalah ahli kepada Chartered Institute of Logistics and Transport, United Kingdom (CILT) dan Fello bagi Chartered Institute of Logistics and Transport, United Kingdom (FCILT). Beliau telah menghadiri Program Pengurusan Pembangunan di Harvard Business School, Boston di Amerika Syarikat.

Dengan kepakaran beliau di dalam urusan logistik dan kejayaan beliau selaku agen perubahan dalam mentransformasikan syarikat-syarikat bermasaalah, warga kerja KTM Berhad yakin yang beliau mampu menerajui KTM Berhad dan seterusnya menyediakan perkhidmatan pengangkutan rel yang setanding dengan Negara-Negara maju.