Ticket Info / Terma dan syarat tiket

Previous Topic Next Topic
 
classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
mapetm mapetm
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Ticket Info / Terma dan syarat tiket

This post was updated on .
ONLINE E-TICKET
Ticket is open for purchase 60 days in advance prior to the departure date or latest before 48 hours before departure time. Concession ticket is not applicable via online. Customer may print tickets from this website for use as valid tickets. Tickets may either be for single or return journey.

Click HERE for Online Ticket Purchase

E-MAIL RESERVATION
Ticket is open for booking 60 days in advance prior to the departure date. Any requests for booking, kindly send to callcenter@ktmb.com.my and we will reply within 3 working days. Notification of Reference ID will be informed by return email after booking is made. Ticket must be collected at counter based on the date and time given.

WALK-IN TICKETING COUNTER
Ticket is open for purchase 60 days in advance prior to the departure date. Ticket can be purchased at any on-line intercity ticketing counters as well as at Commuter station

(Commuter station: Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu, Kuang, Kepong, Kepong Sentral, Sentul, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Pelabuhan Klang, Rawang, Sg. Buloh, Serdang, Kajang and Seremban)

TELEPHONE RESERVATION
Ticket is open for booking 60 days in advance prior to the departure date or latest by 72 hours before departure date. Reference ID will be given during booking is made and ticket must be collected at counter based on the date and time given. Telephone booking is made through KTMB Call Center Hot-line number at : 1-300-88-KTMB(5862) local or +603-22671200 international.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiket Online (E-tiket)

Tempahan boleh dibuat dalam tempoh seawal 60 hari sebelum tarikh perjalanan. Tiket tidak boleh dibeli secara dalam talian bagi perjalanan kurang daripada tempoh 4 jam dari tarikh perjalanan. Tiket konsesi tidak boleh dibeli secara online. Pelanggan boleh mencetak tiket dari pencetak PC mereka untuk digunakan sebagai tiket perjalanan yang sah. Klik disini untuk pembelian tiket online

Tempahan E-Mel

Tempahan tiket melalui e-mel boleh dihantar seawal 60 hari atau selewat-lewatnya 4 hari sebelum tarikh perjalanan. Permintaan untuk tempahan hendaklah dihantar ke alamat e-mel callcenter@ktmb.com.my dan e-mel anda akan dibalas dalam tempoh 3 hari bekerja. Nombor rujukan tempahan (ID) akan dimaklumkan melalui e-mel selepas tempahan dibuat. Tiket mesti diambil di kaunter tiket KTMB berdasarkan tarikh dan masa yang diberikan.

Kaunter Tiket

Pembelian tiket di kaunter boleh dilakukan pada bila-bila masa di dalam tempoh seawal 60 hari sebelum tarikh perjalanan. Tiket boleh dibeli di semua kaunter tiket KTM Intercity serta di stesen Komuter yang terpilih.

Callcenter/Tempahan Telefon

Tempahan tiket melalui telefon boleh dibuat seawal 60 hari atau selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh perjalanan. Nombor rujukan tempahan (ID) akan diberikan semasa tempahan dibuat dan tiket mesti diambil di kaunter berdasarkan tarikh dan masa yang diberikan. Tempahan telefon dibuat melalui Pusat Panggilan KTMB di talian bebas tol 1-300-88-KTMB (5862) bagi panggilan tempatan atau di talian 603-22671200 bagi panggilan antarabangsa.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMULANGAN TAMBANG

1. Pemulangan tambang 100% jika :
   1.1. Perkhidmatan tren dibatalkan, atau;
   1.2. Tren berlepas lewat melebihi 2 jam dari masa berlepas yang dijadualkan dari steseb origin dan pembatalan tiket dibuat sebelum tren berlepas.
2. Pemulangan tambang 75% jika pembatalan tiket dibuat lebih daripada 72 jam  sebelum tren dijadualkan berlepas.
3. Pemulangan tambang 50% jika pembatalan tiket dibuat kurang daripada 72 jam sebelum tren dijadualkan berlepas.
4. Tiada pemulangan tambang untuk pembatalan tiket yang dibuat setelah tren berlepas.

PINDAAN TARIKH DAN/ATAU MASA PERJALANAN DAN/ATAU PENUKARAN KELAS

1. Pindaan tarikh dan/atau masa perjalanan dan/atau penukaran kelas dibenarkan sekali sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
   1.1 Pindaan dibuat lebih dari 24 jam sebelum tren dijadualkan berlepas, dan;
   1.2 Jika penukaran ke kelas yang lebih tinggi, perbezaan tambang mesti dibayar, atau;
   1.3 Jika penukaran ke kelas yang lebih rendah, tiada pemulangan perbezaan tambang.
2. Jika pindaan tarikh dan/atau masa perjalanan telah dibuat, maka penukaran kelas tidak dibenarkan dan juga sebaliknya.
3. Pembatalan tiket yang telah dipinda tarikh dan/atau masa dan/atau kelas hanya layak mendapat pemulangan tambang tiket 50% dan mesti dibuat sebelum tren  dijadualkan berlepas.
4.  Pindaan tarikh Tren Antarabangsa dibenarkan dua kali dan caj perkhidmatan RM6.00 dikenakan ke atas ke atas penumpang bagi setiap tiket.

5. Pembatalan atau pindaan tarikh perjalanan Tren Antarabangsa mesti dibuat tidak kurang dari 3 jam sebelum tren dijadualkan berlepas.

HILANG ATAU SALAH LETAK TIKET

1.  KTMB tidak akan mengeluarkan salinan pendua bagi tiket yang hilang dan KTMB juga tidak akan memulangkan jumlah tambang tiket yang hilang.

2.  KTMB tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung liabiliti ke atas tiket yang hilang.
KEROSAKKAN DAN/ATAU KEHILANGAN BARANG DAN HARTA BENDA
1. KTMB tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung liabiliti ke atas kerosakkan dan/atau kehilangan barang dan/atau harta benda kepunyaan penumpang.

LAIN-LAIN SYARAT

1. Tiket tidak boleh dipindah milik.
2. Penyambungan tren tidak dijamin.
3. Syarat-syarat pengangkutan lain adalah tertakluk kepada Akta SPAD 2010 serta pindaan yang dikeluarkan oleh KTMB dari semasa ke semasa.
amirul amirul
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Ticket Info / Terma dan syarat tiket

hello. i want to ask a question. if I do telephone or e-mail booking ticket. I must pick up the ticket a certain time and date right? What the rate that I must pay. I have student discount card by the way. so is it available for telephone booking ticket?