Semakan Jadual Baharu KTM Komuter

Previous Topic Next Topic
 
classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
mapetm mapetm
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Semakan Jadual Baharu KTM Komuter

Bermula 18 Jun 2012, KTM Komuter akan beroperasi dengan sedikit pindaan pada waktu berlepas bagi semua laluan perkhidmatannya. Pindaan ini dibuat bagi menyesuaikan penggunaan kedua-dua tren sediaada iaitu tren 3 gerabak dan penambahan tren baharu 6 gerabak MyKomuter yang mula diperkenalkan pada bulan Mac yang lalu.

Bagaimanapun KTM Komuter masih mengekalkan kekerapan sediaada iaitu setiap 15 minit pada waktu puncak di sektor antara Batu Caves – Klang dan Bangi - Sungai Buloh.  Kekerapan perkhidmatan di lain-lain sektor ialah setiap 30 minit sepanjang hari.

Seiring dengan perlaksanaan jadual baharu ini juga, perkhidmatan tren baharu 6 gerabak MyKomuter akan memulakan perkhidmatan dari Sungai Gadut ke Rawang dan Rawang ke Sungai Gadut.