Promosi Koc Acara

Next Topic
 
classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
mapetm mapetm
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Promosi Koc Acara




PENGENALAN PROMOSI

    Berapa lama tempoh promosi ditawarkan?

Tempoh promosi bermula dari 1-Mac 2013 hingga 31-Mei 2013.

    Apakah fasiliti yang ditawarkan di dalam...
        Koc Santai.

    36 tempat duduk
    Sistem karaoke – 3 TV LCD 32 inci
    Perpustakaan mini
    Tandas
    Rak bagasi

    Berapa kadar harga diskaun di tawarkan?

Koc Santai ditawarkan pada harga RM2,000.00 sehala.

Koc Salun Khas ditawarkan pada harga RM1,500.00 sehala.

    Kemana destinasi ditawarkan untuk perjalanan koc-koc tersebut?

Destinasi adalah mengikut pilihan pelanggan yang merangkumi laluan perkhidmatan dan stesen perhentian perkhidmatan KTM Intercity ke sektor Selatan, Utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Nota penting : Bayaran tambahan RM500.00 untuk perjalanan sehala dan RM1,000.00 untuk perjalanan dua hala bagi destinasi ke Hat Yai.

KAEDAH TEMPAHAN

    Bila saya boleh buat tempahan?

Tempahan boleh dibuat pada bila-bila masa dari hari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.00 petang (tidak termasuk Cuti Pelepasan Am).

    Bagaimana cara saya hendak membuat tempahan?

Pertanyaan atau tempahan bagi Koc Santai / Salun boleh dibuat melalui 3 langkah di bawah:-

Telefon – Bercakap dengan Pembantu Pemasaran KTM Intercity iaitu di talian 03-2279 8852 (Shikin / Anuar / Makhtar / Azlan); ATAU Pegawai Pemasaran KTM Intercity (En. Sazali/ Pn. Harina Ayu/ En. Noordin Kimi) 03-2279 8870/ 8861/ 8867 (En. Noordin Kimi) ;

Faksimili – Hantarkan untuk perhatian pegawai / pembantu pegawai pemasaran KTM Intercity di talian 03-2279 8850

Email – Hantarkan ke alamat email berikut; ysazali@ktmb.com.my , harina@ktmb.com.my , noordin@ktmb.com.my

    Surat rasmi – Hantarkan surat rasmi ke alamat di bawah :-

Pejabat Unit Perniagaan Strategik Intercity

Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur

50470 Kuala Lumpur

Tel: 03-2279 8851

Fak: 03-2279 8850

MEKANISME TEMPAHAN

    Maklumat apa yang saya perlu berikan untuk tempahan?

    Nama pemohon / organisasi
    Alamat lengkap pemohon / organisasi
    Emel/nombor faksimili/nombor telefon
    Origin dan destinasi perjalanan
    Tarikh perjalanan bagi sehala atau 2 hala
    Jenis koc
    Jumlah penumpang -Dewasa / Kanak-kanak (4-12 thn)
    Mod pembayaran secara tunai atau kad kredit

    Bila saya harus menghantar permohonan tempahan koc ini kepada KTM Intercity?

Permohonan harus dibuat kepada KTM Intercity selewat-lewatnya empat belas (14) hari sebelum tarikh perjalanan dipohon.

    Berapa lama tempahan akan diproses?

Maklum balas tempahan pelanggan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja dari tarikh surat/email diterima.

    Bagaimana mengetahui status tempahan saya?

Tempahan pelanggan akan dilaksanakan mengikut sistem first come first serve. Surat Maklumbalas Tempahan akan akan dihantar kepada pelanggan mengikut alamat pemohon/ organisasi dan akan disertakan dengan sebut harga jika tempahan berjaya dilaksanakan mengikut tarikh yang dipohon.

Jika pelanggan bersetuju dengan sebut harga tersebut, surat pengesahan tempahan perlu dihantar ke KTM Intercity melalui faks atau emel dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh surat sebut harga tersebut.

 

    Jika tempahan saya berjaya, adakah tiket akan dikeluarkan untuk tempahan koc ini?

Ya.Tiket akan dikeluarkan setelah bayaran diterima oleh KTM Intercity.

6.   Bagaimana jika tempahan saya tidak berjaya atau tarikh yang dipohon sudah penuh?

Pelanggan akan dimaklumkan melalui telefon/email/faksimili jika tempahan koc tidak berjaya dilaksanakan mengikut tarikh yang dipohon oleh pembantu / pegawai pemasaran KTM Intercity. Pelanggan akan disarankan agar menukar tarikh yang dipohon mengikut kekosongan tarikh tempahan.

KAEDAH PEMBAYARAN

    Bagaimana dan bila saya perlu membuat bayaran?

Bayaran boleh dibuat melalui salah satu dari kaedah di bawah:

    Tunai

Pembayaran harus dibuat di Pejabat Unit Perniagaan Strategik Intercity, Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur dan diserahkan kepada Pegawai Pemasaran seperti senarai nama di bawah sahaja:-

    En. Mohd Noordin Kimi
    En. Sazali Yusof
    Pn. Siti Harina Ayu

Pembayaran secara tunai perlu dibuat kepada Pegawai Pemasaran di atas (atau kakitangan KTMB yang disahkan oleh Pegawai Pemasaran secara bertulis) selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh perjalanan. Surat sebut harga serta salinan surat pengesahan tempahan perlu dibawa semasa membuat pembayaran (rujuk C.4) . KTM Intercity berhak membatalkan tempahan jika bayaran tidak diterima mengikut tempoh yang dinyatakan .

Bayaran boleh dibuat di mana-mana stesen KTM Intercity.

ATAU;

    Kad kredit

Pembayaran melalui kad kredit perlu dibuat kepada Pegawai Pemasaran di atas (atau kakitangan KTMB yang disahkan oleh Pegawai Pemasaran secara bertulis) selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh perjalanan. Surat sebut harga serta salinan surat pengesahan tempahan perlu dibawa semasa membuat pembayaran (rujuk C.4) . KTM Intercity berhak membatalkan tempahan jika bayaran tidak diterima mengikut tempoh yang dinyatakan .

Bayaran boleh dibuat di stesen-stesen tertentu sahaja iaitu di KL Sentral, Ipoh, Butterworth , JB Sentral (kad kredit Visa dan Master sahaja) dan Woodlands (Kad Kredit Amex sahaja)

ATAU;

    Cek

Pembayaran juga boleh dibuat melalui cek yang berpalang kepada KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD.

Cek mesti diserahkan kepada Pegawai Pemasaran KTM Intercity di atas selewat-lewatnya lima (5) hari sebelum tarikh perjalanan. Surat sebut harga serta salinan surat pengesahan tempahan perlu dibawa semasa membuat pembayaran (rujuk C.4) . KTM Intercity berhak membatalkan tempahan jika bayaran tidak diterima mengikut tempoh yang dinyatakan .

PERLINDUNGAN DAN KESELESAAN PERJALANAN

 1.   Adakah saya dilindungi insurans?

Ya. Setiap penumpang KTM Intercity yang memliki tiket yang sah akan dilindungi insuran semasa dalam perjalanan.

 2.  Adakah makanan luar dibenarkan dibawa di dalam koc?

Makanan luar adalah dibenarkan di dalam koc kecuali mimuman keras.

LIABILITI KTMB

KTM Intercity tidak dipertanggungjawabkan atau menanggung sebarang liabiliti diatas kecederaan, kerugian, kehilangan barangan yang berlaku atas penumpang dimana KTM Intercity telah memastikan tahap keselamatan telah diambil dan/atau siasatan mendapati penumpang gagal mematuhi peraturan dan arahan yang keluarkan oleh KTMB melalui notis yang diletakkan di premis KTMB atau di dalam koc atau yang dimaklumkan oleh petugas KTMB .
ahmad hafiz bin che ismail ahmad hafiz bin che ismail
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Promosi Koc Acara

saya adalah mangsa kemalangan di manek urai pada 2008
,kejadian juga telah meragut nyawa kawan karib saya,persoalnya kenapa saya sampai sekarang tidak dapat menerima pampasan sedangkan arwah ni telah lama dapat pampasanya,en moktadhir bahagian insuran pada mulanya suruh saya buat laporan doctor,pastu dia cakap pihak insuran nak semua laporan pula setelah lama menunggu,dia bagi kata yang saya tak dapat,betapa hampanya saya dan ingin mengadu nasib ini tak tau kepada siapa semua2 kawan2 tertanya kenapa jadi macam ni