Quantcast

Penyeragaman Konsesi Perkhidmatan ETS

Next Topic
 
classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
mapetm mapetm
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Penyeragaman Konsesi Perkhidmatan ETS

Berkuatkuasa 18 januari 2013, pihak pengurusan telah menetapkan untuk menyeragamkan konsesi bagi perkhidmatan ETS dan perkhidmatan Intercity. Para pelanggan diwajibkan membawa kad pengenalan atau kad pesara kerajaan samaada salinan atau kad asal ke kaunter tiket KTM Intercity berdekatan bagi mendapatkan konsesi semasa membeli tiket. Bagi mereka yang tidak membawa kad tersebut (salinan atau kad asal) konsesi tidak akan diberikan kepada pelanggan tersebut.

Berikut adalah kaedah pengiraan konsesi KTM Intercity yang diluluskan:-

1.Tiket  Penuh

Caj tempat duduk/tidur + tambang perjalanan dewasa

2.Tiket diskaun/konsesi
Caj tempat duduk/tidur* + Tambang perjalanan dewasa - diskaun (%)
* nota : tiada diskaun ke atas caj tempat duduk/tidur

Cara kiraan diskaun/konsesi (contoh : Warga Emas - 50%)

Tambang penuh
Caj tempat duduk (RM8.00) + Tambang perjalanan dewasa (RM25.00) = RM33.00

Tambang konsesi
Caj tempat duduk (RM8.00) + Tambang perjalanan dewasa - 50% (RM13.00*) = RM21.00)

*Nota : digenapkan kepada ringgit berikutnya


Loading...