Penjadualan semula perkhidmatan tren ETS mulai 14 Mei 2012

Previous Topic
 
classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
mapetm mapetm
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Penjadualan semula perkhidmatan tren ETS mulai 14 Mei 2012

Perkhidmatan Electric Train Service (ETS) akan beroperasi dengan jadual perjalanan baharu dan hanya akan beroperasi untuk laluan Sentral Kuala Lumpur – Ipoh – Sentral Kuala Lumpur sahaja.

Pengguna yang tiba di Sentral Kuala Lumpur masih boleh meneruskan perjalanan ke Seremban atau mana-mana stesen di sepanjang laluannya dengan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter.

Pengguna juga boleh membuat tempahan tiket 30 hari sebelum tarikh perjalanan seperti biasa.
Langkah penjadualan semula ini diambil bagi membantu melancarkan perkhidmatan KTM Komuter yang sedang diberi perhatian khusus dalam memudahkan perjalanan 100,000 penggunanya setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862 atau layari www.ets-train.com.my