Pembelian Tiket Perkhidmatan ETS Di Semua Kaunter Tiket KTM Intercity

Previous Topic Next Topic
 
classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
mapetm mapetm
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Pembelian Tiket Perkhidmatan ETS Di Semua Kaunter Tiket KTM Intercity

Bermula pada 15hb November 2013, tiket bagi perkhidmatan ETS boleh dibeli di semua kaunter tiket KTM Intercity. Dengan adanya kemudahan pembelian tiket ETS ini, anda tidak perlu tertumpu di stesen-stesen besar seperti Sentral Kuala Lumpur serta Ipoh sahaja dan kini boleh membeli tiket ETS di semua kaunter KTM Intercity.

Pembelian tiket ETS juga boleh dibuat menggunakan Kad kredit Visa atau Master kad di kaunter tiket Sentral Kuala Lumpur, Seremban, Gemas, JB Sentral, Butterworth, Alor Setar dan Penang dengan pembelian tiket RM50 ke atas. Di samping itu juga anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat terhadap konsesi terkini yang ditawarkan oleh perkhidmatan ETS.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1 300 88 5862.