Quantcast

MAKLUMAT UMUM PEMERIKSAAN AWAM PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK GEMAS – JOHOR BAHRU

Next Topic
 
classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
mapetm mapetm
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

MAKLUMAT UMUM PEMERIKSAAN AWAM PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK GEMAS – JOHOR BAHRU

Sila lawati laman web Kementerian Pengangkutan untuk info lanjut

TUJUAN:
​Memberi penerangan ringkas berhubung pelaksanaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Dari Gemas ke Johor Bahru serta mengumpul maklumbalas dari orang awam berhubung projek tersebut.

TEMPAT:​
Kementerian Pengangkutan Putrajaya
Ibu Pejabat SPAD
Stesen Keretapi Gemas
Stesen Keretapi Johor Bahru
Ibu Pejabat KTMB
Majlis Bandaraya Johor Bahru
Majlis Daerah Segamat
Majlis Perbandaran Kluang
Majlis Perbandaran Kulai
Pejabat UPEN Johor

​​ ​
TARIKH PEMERIKSAAN A​WAM BERMULA DAN TAMAT:
​27 Oktober 2015 - ​27 Januari 2016 ​
JANGKAAN PROJEK BERMULA : 2016
​JANGKAAN SIAP PROJEK :​ 2021
​ ​
RINGKASAN PROJEK
​Projek Landasan Berkembar Elektrik dari Gemas ke Johor Bahru merupakan satu projek di bawah Kementerian Pengangkutan bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam berasaskan rel kepada orang awam disamping menghubungkan jaringan landasan berkembar elektrik sehingga ke Johor Bahru dari Gemas. Dalam masa yang sama turut meningkatkan jaringan sektor sosial dan ekonomi ke selatan Semenanjung. Ia turut meningkatkan bilangan perkhidmatan kerana kapasiti landasan ditingkatkan serta tempoh perjalanan telah disingkatkan. Penyediaan infrastruktur landasan berkembar elektrik adalah berdasarkan parameter projek yang sediada siap seperti di antara Sektor Seremban – Gemas dan Ipoh – Padang Besar.

Objektif utama pelaksanaan projek landasan berkembar elektrik dari Gemas ke Johor Bahru adalah seperti berikut :-

Menaiktaraf infrastruktur pengangkutan berasaskan rel untuk mencapai permintaan pengangkutan penumpang dan barang;
Mengurangkan kesesakan jalanraya dengan memperkenalkan sistem perkhidmatan keretapi yang moden dan effisien;
Menyingkatkan tempoh perjalanan serta meningkatkan kapasiti landasan yang turut menambahkan perkhidmatan keretapi.

Jaringan landasan berkembar di Semenanjung akan lengkap dengan pelaksanaan sektor Gemas dan Johor Bahru dan pergerakan penumpang dan kargo akan lebih mudah dan boleh dihubungkan ke negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Landasan berkembar tersebut bermula dari Ch 563.040 (Gemas) dan berakhir di Stesen Johor Bahru di Ch 754.180 sepanjang 197 km. Hadlaju rekabentuk bagi landasan berkembar ini adalah pada 160km/j dan hadlaju operasi pada 140km/j.
Pembinaan landasan berkembar turut melibatkan Sistem Elektrifikasi 25kV, Sistem Persemboyanan dan Komunikasi serta kawalan terus dari Pusat Kawalan dan Pengurusan Tren (TCCC) di KL Sentral dan Gemas.
Dalam masa yang sama, integrasi sistem perkhidmatan KTMB dengan sistem perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi turut telah dirancang dan dilaksanakan di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti seperti Segamat dan Johor Bahru.
Projek di atas melibatkan pembinaan sebelas (11) stesen serta cadangan lokasi stesen pada masa hadapan di tiga (3) lokasi. Pelan jajaran bagi pembangunan di atas serta lokasi stesen yang terlibat boleh dirujuk.
Pembinaan landasan berkembar turut melibatkan pembinaan jambatan keretapi (RUB), jambatan sungai (BRV), jambatan jalanraya (ROB), landasan bertingkat (viaduct), jambatan pejalan kaki dan motorsikal (PMB) dan terowong (VBC).​

KELEBIHAN DAN MATLAMAT PROJEK:​
Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam berasaskan rel kepada penduduk sekitar bagi memudahkan perhubungan ke bandar terdekat serta ke keseluruhan Semananjung Malaysia. Perkhidmatan rel yang mesra alam dapat mengurangkan kesesakan lalulintas sediada serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan jaringan integrasi sistem pengangkutan awam yang lain seperti bas dan teksi.

SISTEM YANG AKAN DIGUNAKAN​:
Sistem Persemboyanan dwi arah yang dikawal secara automatik berdasarkan pergerakan tren dengan lampu persemboyanan lampu tiga aspek. Sistem persemboyanan blok secara ‘axle counter’ dan litar landasan di dalam kawasan stesen. Sistem Komunikasi serta Persemboyanan bagi sektor Gemas ke Johor Bahru boleh dikawal terus dari pusat kawalan dan pengurusan tren (TCCC) di KL Sentral dan Gemas. Sistem ATP (Automatic Train Protection) turut akan disediakan. Penyambungan sistem TCCC ke keseluruhan sektor Gemas – Johor Bahru termasuk Sistem pengenalan tren dan Sistem laluan automatik.
Sistem Komunikasi dengan sistem transmisi optikal untuk segala medium komunikasi di Stesen dan turut diintegrasi ke TCCC KL Sentral dan Gemas. Sistem Komunikasi turut melibatkan penyambungan ke sistem PABX sediada. Kemudahan di Stesen seperti Sistem Maklumat Awam dan Sistem Penyampaian Awam yang boleh dikawal dari TCCC KL Sentral dan Gemas. Kemudahan sistem keselamatan seperti CCTV dan ‘Access Card’ turut disediakan. Sistem SPOT (Sistem Pengurusan Operasi Tren) dan STAR (Sistem Tiket dan Reservasi) dan UPS (Uninterruptible Power Supply) turut disediakan di stesen.
Sistem Elektrifikasi Talian Atas 25kV AC 50Hz satu Fasa yang sediada di Sektor Seremban – Gemas akan digunapakai bagi projek di atas. Sistem Elektrifikasi bagi Sektor Gemas – Johor Bahru turut akan diintegrasi ke Pusat Kawalan Elektrik di KL Sentral dan Gemas melalui Sistem SCADA.

BILANGAN GERABAK
Penggunaan Set Elektrik Tren (ETS), lokomotif, koc dan wagon sediada.

KEUPAYAAN MUATAN
346 / 312 tempat duduk setiap ETS

​KEKERAPAN PERKHIDMATAN
22 perkhidmatan sehari merangkumi perkhidmatan Antarabandar, perkhidmatan Ulang Alik dan perkhidmatan ETS.

JADUAL KEMUDAHAN DI STESEN UTAMA
Medan tempat letak kereta dan motorsikal berdasarkan keperluan PBT, Tandas Biasa dan OKU, Lif, Tanjakan (ramp) berserta ‘railing’, CCTV, Sistem maklumat penumpang dan penyampai (PIPA), Gerai, Surau, Bilik Polis Bantuan, Kaunter Tiket, platform berserta tempat menunggu dan TVM (Ticket vending machine). Laluan khas untuk golongan OKU turut disediakan.
CIRI – CIRI KESELAMATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

Penggunaan ‘Fire Rated Door’, Sistem Amaran Kebakaran Automatik, Sistem Pemadam Kebakaran boleh alih, pili bomba. Sistem pencegahan pelanggaran tren seperti kawalan semboyan secara automatik dan sistem perlindungan tren automatik (ATP). Pagar sempadan turut akan disediakan di sepanjang jajaran.
Ciri-ciri keselamatan bagi penumpang di platform adalah sempadan ketika menunggu keretapi, tanda amaran bahaya dan sistem penyampai maklumat.

GARIS PANDUAN TAHAP HINGAR DITETAPKAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR
Berdasarkan laporan Kajian Impak Alam Sekitar telah menetapkan tahap hingar yang dibenarkan dari operasi tren adalah pada 65dBA. Beberapa lokasi sensitif seperti sekolah telah dikenalpasti untuk dipantau semasa fasa pembinaan. Cadangan pencegahan bunyi akan dicadangkan oleh pihak kontraktor bagi mengurangkan impak bunyi ke lokasi yang telah dikenalpasti.
​ ​​
STRUKTUR TAMBANG YANG DICADANGKAN
Jangkaan harga tambang untuk perkhidmatan set elektrik tren adalah berdasarkan kadar RM0.10 untuk kelas ekonomi, RM0.13 untuk kelas pertengahan dan RM0.2 untuk kelas pertama bagi setiap penumpang per kilometer akan digunapakai.
​ ​​
Kadar tambang bagi perkhidmatan antarabandar adalah RM0.15 untuk kelas pertama, RM0.065 untuk kelas pertengahan dan RM0.0369 untuk kelas ekonomi bagi setiap penumpang perkilometer akan digunapakai.
​ ​​
Kadar bayaran bagi perkhidmatan barang adalah RM0.07 sehingga RM0.1 (bergantung jenis muatan) per ton-kilometer.
Loading...