Kerja-kerja pembinaan pembentung baru di landasan kereta api berhampiran Stesen Kajang

Previous Topic Next Topic
 
classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
mapetm mapetm
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Kerja-kerja pembinaan pembentung baru di landasan kereta api berhampiran Stesen Kajang

Kerja-kerja pembinaan pembentung baru di landasan kereta api berhampiran Stesen Kajang (KM413.930) merupakan inisiatif dan komitmen KTM Berhad bagi memastikan kawasan landasan selamat untuk operasi tren dan tidak mengalami banjir ketika waktu hujan.

Kerja-kerja pembinaan ini akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh :        22 September 2012 (Sabtu)
Masa :        12.01 pagi hingga 8.00 malam.

Pada hari tersebut, perkhidmatan KTM Komuter untuk laluan Rawang > Sg. Gadut > Rawang akan ditamatkan di Stesen Serdang dan Stesen Kajang. Para penumpang perlu menukar tren di Stesen Serdang dan Stesen Kajang bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Kekerapan perkhidmatan tren KTM Komuter akan beroperasi seperti berikut:

Rawang > Kajang -30 minit
Sg. Gadut > Kajang -45 minit
       
Kami akan meminimakan kelewatan perkhidmatan sewaktu kerja-kerja pembinaan dijalankan. Para petugas akan ditempatkan di stesen yang berkenaan bagi tujuan khidmat pelangan.
KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pangilan KTM Berhad di 1-300-8-5862.