KTMB i-Card

Previous Topic Next Topic
 
classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
mapetm mapetm
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

KTMB i-Card

Visit http://ktmintercity.com.my for more info

Download Borang Permohonan i-Card

KTMB i-Card adalah inisiatif penjenamaan semula oleh KTM Intercity untuk semua Kad diskaun sedia ada. Disamping itu, KTM intercity memperkenalkan kad-kad baharu kepada pelanggan. Selain menampilkan imej baru kepada produk-produk KTMB, KTM Intercity juga akan menyediakan pelbagai kelebihan dan nilai tambah kepada ahli-ahli KTMB i-Card. Nama KTMB i-Card yang digunakan adalah singkatan dari perkataan "KTMB Intelligent Card"

KTMB i-Card Gold        

1. Warganegara Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas.
2. Yuran tahunan RM5.00.

KTMB i-Card Gold adalah kad diskaun yang dikhaskan kepada warganegara Malaysia berusia 60 tahun dan keatas. Pemegang kad ini akan dikenakan yuran tahunan sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja) setahun. Pengguna perkhidmatan KTMB yang layak memohon boleh mendapatkan kad diskaun ini di kaunter kad diskaun kami di Stesen Sentral Kuala Lumpur atau dengan menghantar borang permohonan anda ke pejabat kami dan kami akan menghantar kad anda ke alamat rumah yang dinyatakan didalam borang permohonan.

KTMB i-Card Student

1. Pelajar kolej/universiti di Malaysia.  
2. Yuran tahunan RM30.00.
3. Surat pengesahan pelajar dari kolej/universiti mesti disertakan.

KTMB i-Card adalah inisiatif penjenamaan semula oleh KTM Intercity untuk semua Kad diskaun sedia ada. Disamping itu, KTM intercity memperkenalkan kad-kad baru kepada pelanggan. Selain menampilkan imej baru kepada produk-produk KTMB, KTM Intercity juga akan menyediakan pelbagai kelebihan dan nilai tambah kepada ahli-ahli KTMB i-Card.

KTMB i-Card Youth

1. Pelajar sekolah warganegara Malaysia berusia 13 -17 tahun.
2. Yuran tahunan RM10.00.
3. Surat pengesahan pelajar dari sekolah mesti disertakan.

KTMB i-Card adalah inisiatif penjenamaan semula oleh KTM Intercity untuk semua Kad diskaun sedia ada. Disamping itu, KTM intercity memperkenalkan kad-kad baru kepada pelanggan. Selain menampilkan imej baru kepada produk-produk KTMB, KTM Intercity juga akan menyediakan pelbagai kelebihan dan nilai tambah kepada ahli-ahli KTMB i-Card.

KTMB i-Card Tiger

1. Warganegara Malaysia
2. Yuran tahunan RM20.00

KTMB i-Card adalah inisiatif penjenamaan semula oleh KTM Intercity untuk semua Kad diskaun sedia ada. Disamping itu, KTM intercity memperkenalkan kad-kad baru kepada pelanggan. Selain menampilkan imej baru kepada produk-produk KTMB, KTM Intercity juga akan menyediakan pelbagai kelebihan dan nilai tambah kepada ahli-ahli KTMB i-Card.

KTMB i-Card Lion

1. Warganegara asing.
2. Yuran tahunan SGD20.00.

KTMB i-Card adalah inisiatif penjenamaan semula oleh KTM Intercity untuk semua Kad diskaun sedia ada. Disamping itu, KTM intercity memperkenalkan kad-kad baru kepada pelanggan. Selain menampilkan imej baru kepada produk-produk KTMB, KTM Intercity juga akan menyediakan pelbagai kelebihan dan nilai tambah kepada ahli-ahli KTMB i-Card.


Dokumen yang perlu disediakan
Pasport atau kad pengenalan  mesti dikemukakan semasa membuat permohonan.

Dimana boleh memohon KTMB i-Card
a. Di kaunter tiket KTMB

1. Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan Kad KTM i-Card.
2. Yuran keahlian mesti dibayar secara tunai atau menggunakan kad kredit (di kaunter tiket terpilih sahaja).
3. Resit bayaran akan dikeluarkan kepada setiap pelanggan .
4. Pemohon mesti memastikan semua maklumat dalam resit adalah  betul dan lengkap.
5. Resit bayaran boleh digunakan oleh pemohon (dalam masa 30 hari dari tarikh dikeluarkan) untuk mendapatkan keistimewaan.
6. Pemohon  mendapat kad KTM i-Card melalui pos dalam tempoh 14 hari bekerja, atau
7. Pemohon mendapat kad KTM i-Card serta-merta bagi permohonan yang dibuat  di Kaunter Kad Diskaun Sentral KL.

b. Melalui Pos

1. Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan Kad KTM i-Card.
2. Yuran keahlian mesti dibayar dengan wang pos.
3. Pemohon akan mendapat kad KTM i-Card melalui pos dalam tempoh 14 hari bekerja.

PEMERIKSAAN TIKET KONSESI

1. Pemegang tiket konsesi KTM i-Card mesti menunjukkan pasport atau kad pengenalan semasa pemeriksaan tiket oleh petugas KTMB samada di stesen atau di dalam tren.
2. Jika pemegang tiket gagal menunjukkan pasport atau kad pengenalan semasa pemeriksaan di dalam tren, Pemeriksa Tiket  atau Penyelia Tren atau Inspektor Kualiti akan mengenakan tiket  tambang penuh beserta denda mengikut kelas.
3. Jika nama dan/atau no.pasport atau no.kad pengenalan tidak sama dengan nama dan/atau no.pasport atau no.kad pengenalan yang dicetak pada  tiket, Pemeriksa Tiket atau Penyelia Tren atau Inspektor Kualiti akan mengenakan tiket  tambang penuh beserta denda mengikut kelas.
4. Jika pemegang KTM i-Card menaiki tren tanpa tiket, Pemeriksa Tiket atau Penyelia Tren atau Inspektor Kualiti  akan mengenakan tiket  tambang penuh beserta denda mengikut kelas.

LAIN-LAIN PERKARA

    Pertanyaan berkaitan  KTM i-Card boleh dirujuk melalui:
    Telefon : 03-227988
    Emel    : infokl@ktmb.com.my atau callcenter@ktmb.com.my

KTMB berhak meminda terma dan syarat tanpa memberi notis awal kepada orang ramai.