Quantcast

Jadual Perjalanan : TANJUNG ARU - TENOM

classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
mapetm mapetm
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Jadual Perjalanan : TANJUNG ARU - TENOM

This post was updated on .
Alfred Korom Alfred Korom
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Jadual Perjalanan : TANJUNG ARU - TENOM

Saya merujuk kepada perkara diatas.

Berikut adalah jadual perjalanan dari Tg. Aru ke Tenom.

Bertolak jam 7.40am dari Tg. Aru dan tiba di Beaufort jam 9.40am
Berpindah gerabak.
Bertolak jam 1.30pm dari Beaufort dan tiba di Tenom jam 3.55pm

Masa menunggu dari jam 9.40am hingga jam 1.30am (4jam 10 minit) bagi yang meneruskan perjalanan ke Tenom.

Jika diberi peluang saya lebih suka menaiki keretapi ke Tenom. Akan tetapi tempoh menunggu selama 4 jam adalah tempoh yang sangat panjang dan membosankan. Saya amat berharap agar pihak Keretapi Negeri Sabah memperbaiki perkhidmatan ini dengan mewujudkan 1 perjalanan yang lancar dari Tg. Aru ke Tenom tanpa menunggu terlalu lama seperti pada masa sekarang ini.

Berikutan kos harian yang semakin meningkat saya kira pengguna yang hendak ke Tenom pasti akan menggunakan landasan keretapi jika mutu perkhidmatan adalah baik dan juga menawarkan kos perjalanan yang murah. Pihak Jabatan Keretapi Sabah hendaklah terlibat sepenuhnya dalam membantu meringankan beban rakyat dengan mewujudkan perkhidmatan yang lancar.

Saya amat berharap agar pihak Jabatan Keretapi sabah mengambil inisiatif segera memperbaiki sistem perkhidmatan kerana kalau dilihat mutu perkhidmatan keretapi di Sabah tidak kurang seperti 25 tahun yang lalu. Lokomotif yang selalu mengalami kerosakan enjin juga harus diberi perhatian serius memandangkan sektor pelancongan amat berpotensi berkembang diantara perjalanan Tenom ke Beaufort.

Segala pandangan dan komen yang saya berikan adalah semata-mata ingin melihat suatu perubahan dalam perkhidmatan keretapi yang pada saya memang kurang memuaskan.

Sekian terima kasih.
Loading...