|
|
This post was updated on .
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan kadar baru tambang Khidmat Keretapi Perkhidmatan tren elektrik (ETS) akan beroperasi menggunakan jadual perjalanan baru bermula pada tarikh 1 Oktober 2012. Jadual baru yang akan dilaksanakan tidak lagi mempunyai perkhidmatan Platinum manakala perkhidmatan Gold dan Silver di kekalkan.
![]() Walau bagaimanapun, jadual baru perkhidmatan ini hanya akan beroperasi di sektor Ipoh - KL Sentral dan kekerapan dinaikkan kepada setiap 2 jam sekali. Selain itu, perkhidmatan tren tambahan ada disediakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. KAEDAH PEMBELIAN TIKET Tiket Online (E-tiket) Tempahan boleh dibuat dalam tempoh seawal 60 hari sebelum tarikh perjalanan. Tiket tidak boleh dibeli secara dalam talian bagi perjalanan kurang daripada tempoh 48 jam dari tarikh perjalanan. Tiket konsesi tidak boleh dibeli secara online. Pelanggan boleh mencetak tiket dari pencetak PC mereka untuk digunakan sebagai tiket perjalanan yang sah. Sila klik untuk tempahan on-line. Tempahan E-Mel Tempahan tiket melalui e-mel boleh dihantar seawal 60 hari atau selewat-lewatnya 4 hari sebelum tarikh perjalanan. Permintaan untuk tempahan hendaklah dihantar ke alamat e-mel callcenter@ktmb.com.my dan e-mel anda akan dibalas dalam tempoh 3 hari bekerja. Nombor rujukan tempahan (ID) akan dimaklumkan melalui e-mel selepas tempahan dibuat. Tiket mesti diambil di kaunter tiket KTMB berdasarkan tarikh dan masa yang diberikan. Kaunter Tiket Pembelian tiket di kaunter boleh dilakukan pada bila-bila masa di dalam tempoh seawal 60 hari sebelum tarikh perjalanan. Tiket boleh dibeli di semua kaunter tiket KTM Intercity serta di stesen Komuter yang terpilih. Tempahan Telefon Tempahan tiket melalui telefon boleh dibuat seawal 60 hari atau selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh perjalanan. Nombor rujukan tempahan (ID) akan diberikan semasa tempahan dibuat dan tiket mesti diambil di kaunter berdasarkan tarikh dan masa yang diberikan. Tempahan telefon dibuat melalui Pusat Panggilan KTMB di talian bebas tol 1-300-88-KTMB (5862) bagi panggilan tempatan atau di talian 603-22671200 bagi panggilan antarabangsa Tambang ETS/ETS Fare ![]() |
|
|
untuk hari ini, perjalanan dari ipoh ke Kuala lumpur pukul berapa yang ada?
|
|
|
bermula 11:15 AM sehingga 7:00 PM tren terakhir
|
|
|
selepas pukul 1115,perjalanan seterusnya jam berapa?
|
|
|
saya pun ingin tahu pukul berapa tren seterusnye ?
Kerana kawan mak saya anaknya mahu p sekolah berasrama penuh naik ets di tapah |
|
|
rasanyakan kenapa tren dari kampar p tapah road untuk gold and plantium .kenapa silver ade tapi plantium and gold x de ?
|
|
|
In reply to this post by mapetm
hai..i nak tnya bole..coz x bape faham...dgn schedule nih..;) kalau hari ahad train dri kampar ke kl sentral jam berapa yg ada dan petang after 6pm jam berapa pula train dari kl-sentral ke kampar....thanks..;)
|
|
|
Dari Kampar (Ahad) ke (KL S)
1. 5:50 am - 7:43 AM 2. 10:20 AM - 12:19 AM 3. 11:35 AM - 1:28 PM 4. 2:20 PM - 4:19 PM 5. 3:20 PM - 5:13 6. 6:35 PM - 8:34 PM 7. 7:20 PM - 9:13 PM Dari (KL S) ke (Kampar) 1. Bertolak pada 7:03 PM 2. dan tren terakhir 9:03 PM |
|
|
In reply to this post by mapetm
Ada ke jadual perjalanan dari KL to Alor Star pada hari Ahad ini (4/12/2011). Pukul berapa dan berapa harga tiket?
|
|
|
In reply to this post by mapetm
Pada hari rabu nie ( 11/04/2012 ) boleh beritahu saya jadual perjalanan ets dari kl sentral ke ipoh dari pagi sampai petang....thank's
|
|
|
Lihat jadual di sini ETS ke Ipoh
|
|
|
Nak jadual perjalanan ETS ke tapah Road pada 12 april 2012????
|
|
|
In reply to this post by nurul
Kenapa ETS dah tak beroperasi dari Ipoh ke Seremban?...
|
|
|
sebab beri keutamaan kepada perkhidmatan Komuter
|
|
|
Klu dari Ipoh jam 5.30pagi, jam berapa tiba kl sentral?
|
|
|
2 jam 16 minit kemudian atau 7.46am
|
|
|
In reply to this post by mapetm
tiket raya tahun 2012 dah mula jual ke sekarang?
|
|
|
belum lagi akan diberitahu
|
|
|
In reply to this post by mapetm
jumaat 15/6/2012 ticket still available ke?
sy nak naik dr nilai ke Ipoh? kalau blh petang.. |
|
|
ada, naik je tiket dalam ETS
|
| Powered by Nabble | Edit this page |